Puak-puak yang berperang Perang_Bosnia

Bosnia dan Herzegovina menerima pengiktirafan antarabangsa pada 6 April 1992.[64][65]

Republik Bosnia dan Herzegovina kemudian diterima sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 22 Mei 1992.[70] Pada 12 Ogos 1992, nama Republik Serb Bosnia dan Herzegovina ditukarkan kepada Republika Srpska (RS).[59][61]

Kerajaan Bosnia melobi agar sekatan senjata ditarik balik, tetapi ditentang oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia. Cadangan Amerika Syarikat untuk meneruskan polisi ini dikenali sebagai angkat dan pukul. Kongres A.S meluluskan dua resolusi untuk menarik balik sekatan tetapi kedua-duanya telah diveto oleh Presiden Bill Clinton yang gusar akan mewujudkan perselisihan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara tersebut. Walaubagaimanapun, Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah "pesawat pengangkut C-130 rahsia" dan saluran belakang, termasuk kumpulan-kumpulan Islam, untuk menyeludup senjata kepada pasukan tentera Muslim-Bosnia, selain membenarkan senjata yang dibekalkan oleh Iran untuk melalui Croatia ke Bosnia.[71][72][73] Bagaimanapun, dengan meningkatnya tentangan NATO kepada usaha-usaha Amerika Syarikat (dan kemungkinan Turki) dalam mengkoordnasi "penerbangan rahsia di Tuzla", United Kingdom dan Norway menyuarakan ketidaksetujuan mereka dengan tindakan ini di mana ia menjejaskan penguatkuasaan NATO dalam sekatan persenjataan.[74] Perisikan Antara Perkhidmatan juga memainkan peranan aktif dalam tahun 1992–1995 dan secara rahsia membekalkan para pejuang Muslim dengan senjata, peluru dan peluru berpandu anti kereta kebal bagi memberi mereka peluang untuk melawan keganasan.

Berikutan dengan pengistiharan kemerdekaan Republik Bosnia dan Herzegovina, etnik Serbs dari B&H dengan sokongan[petikan diperlukan] dari Serbia, menyerang bahagian-bahagian berbeza di negara ini. Keadaan pentadbiran di Bosnia dan Herzegovina gagal berfungsi di sebabkan kehilangan kawalan ke atas seluruh wilayah. Etnik Serb mahukan kesemua tanah di mana etnik Serb memiliki majoriti di timur dan barat Bosnia. Etnik Croat dan pemimpin mereka Franjo Tuđman juga mahu menguasai sebahagian Bosnia dan Herzegovina sebagai milik Croatia. Polisi-polisi di Republik Croatia dan pemimpinnya Tuđman terhadap Bosnia dan Herzegovina tidak pernah telus dan biasanya termasuk tujuan utama Tuđman untuk mengembangkan sempadan Croatia.[75] Tentera kerajaan Bosnia kekurangan kelengkapan dan tidak bersedia untuk berperang.[76]

Alija Izetbegović semasa lawatan beliau ke Amerika Syarikat pada tahun 1997.

Secara rasminya Tentera Darat Rakyat Yugoslavia (JNA) meninggalkan Bosnia dan Herzegovina pada 12 Mei 1992 tidak lama selepas kemerdekaan diistiharkan pada bulan April 1992. Bagaimanapun, kebanyakan rangkaian arahan, persenjataan dan anggota tentera berpangkat tinggi termasuk Jeneral Ratko Mladić, kekal di Bosnia dan Herzegovina dan berkhidmat dalam Tentera Darat Republika Srpska (Vojska Republike Srpske, VRS) sebagai sebuah pasukan bersenjata bagi republik Serb Bosnia yang baru ditubuhkan. Etnik Croat menyusun sebuah formasi tentera pertahanan dari etnik mereka sendiri yang dikenali sebagai Majlis Pertahanan Croat (Hrvatsko Vijeće Obrane, HVO) sebagai sebuah pasukan bersenjata di Herzeg-Bosnia. Bosniak pula disusun ke dalam struktur Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (Armija Republike Bosne i Hercegovine, ARBiH) sebagai sebuah pasukan bersenjata bagi Republik Bosnia dan Herzegovina. Asalnya, 25% daripada kekuatan ARBiH terdiri daripada bukan Bosniak, terutamanya Kor Pertama di Sarajevo. Sefer Halilović, Ketua Staf Pertahanan Simpanan Bosnia, mendakwa pada bulan Jun 1992 bahawa pasukan beliau terdiri daripada 70% Muslim, 18% Croat dan 12% Serb.[77]

Peratusan anggota tentera etnik Serb dan Croat dalam Tentera Darat Bosnia agak tinggi di Sarajevo, Mostar dan Tuzla.[78] Timbalan Komander Ibu Pejabat Tentera Darat Bosnia, adalah Jeneral Jovan Divjak, pegawai tertinggi etnik Serb dalam Tentera Darat Bosnia. Jeneral Stjepan Šiber, seorang etnik Croat merupakan timbalan komander kedua. Presiden Izetbegović juga melantik Kolonel Blaž Kraljević, komander Majlis Petahanan Croat di Herzegovina, sebagai anggota di Ibu Pejabat Tentera Darat Bosnia, tujuh hari sebelum pembunuhan Kraljević, dalam usaha untuk mengumpulkan sebuah barisan pertahanan pelbagai etnik pro-Bosnia.[79] Kepelbagaian ini adalah untuk memendekan tempoh peperangan.[77][80]

Bangunan apartmen yang rosak teruk berhampiran Jambatan Vrbanja di daerah Grbavica, yang mana terletak di sebelah kiri tebing sungai Miljacka.

Pelbagai unit para-tentera beroperasi dalam Perang Bosnia: etnik Serb dengan "White Eagles" (Beli Orlovi), "Harimau" Arkan, "Pengawal Sukarela Serb" (Srpska Dobrovoljačka Garda), etnik Bosniak dengan "Liga Patriotik" (Patriotska Liga) dan "Beret Hijau" (Zelene Beretke), dan Croat dengan "Pasukan Pertahanan Croat" (Hrvatske Obrambene Snage), dsb. Para-tentera Serb dan Croat melibatkan para sukarelawan daripada Serbia dan Croatia, dan disokong oleh parti-parti politik nationalis daripada negara-negara tersebut. [petikan diperlukan]

Pasukan tentera Republik Bosnia dan Herzegovina dibahagikan kepada 5 buah kor. Kor Pertama beroperasi di wilayah Sarajevo dan Gorazde sementara Kor ke-5 yang lebih kuat diletakkan di barat Bosanska Krajina, yang mana bekerjasama dengan unit-unit HVO dalam dan sekitar Bihać. Pasukan Serb pula menerima sokongan para pejuang Kristian Slav daripada pelbagai negara di Eropah Timur.[81][82] Sukaralewan Greek dari Pengawal Sukarelawan Greek pula dilaporkan mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, dengan bendera Greece telah dikibarkan di Srebrenica apabila bandar ini jatuh ke tangan puak Serb.[83]

Beberapa individu daripada beberapa buah negara Eropah, dengan sukarela bertempur untuk pihak Croat, termasuk Neo-Nazi, seperti Jackie Arklöv, yang didakwa dengan tuduhan jenayah perang selepas beliau kembali ke Sweden. Beliau kemudian mengaku melakukan jenayah perang ke atas orang awam Muslim Bosnia di Kem Heliodrom dan Dretelj sebagai seorang anggota tentera Croatia.[84]

Kem Manjača, 1992

Bosnia menerima sokongan dari kumpulan-kumpulan Muslim. Berdasarkan beberapa laporan NGO Amerika Syarikat, terdapat beberapa ratus anggota Pengawal Revolusi Iran membantu kerajaan Bosnia semasa perang.[85] Para pejuang Muslim asing lain juga menyertai Muslim Bosnia, termasuk pertubuhan gerila Lubnan, Hezbollah.[86] Mereka disimpan bagi melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan pertempuran jarak dekat, di sebabkan bakat dan pengalaman mereka yang sangat berharga untuk dibazirkan bagi melaksanakan tugas-tugas yang kurang sukar.[petikan diperlukan]

Dalam buku beliau, The Clinton Tapes: Wrestling History with the President pada tahun 2009, sejarawan dan pengarang Taylor Branch, yang merupakan rakan kepada Presiden A.S Bill Clinton, mendedahkan kepada orang awam lebih daripada 70 rekod sesi bersama presiden semasa beliau memegang jawatan antara tahun 1993 sehingga tahun 2001.[87][88] Berdasarkan pada sesi yang dirakam pada 14 Oktober 1993, ia menyebut:

Clinton berkata sekutu A.S di Eropah telah menyekat cadangan untuk mengubah atau membatalkan sekatan. Mereka menjustifikasikan tentangan mereka berdasarkan asas kemanusiaan, dengan hujah lebih banyak senjata akan memarakkan pertumpahan darah, tetapi secara rahsia, kata presiden, sekutu-sekuta utama membantah kerana Bosnia yang merdeka menjadi "luar biasa" kerana ia satu-satunya negara Muslim di Eropah. Beliau berkata mereka memihak kepada sekatan senjata kerana ia akan menyebabkan kerugian kepada Bosnia. [..] Apabila saya menyatakan terkejut akan sifat sinis seperti ini, teringatkan akan diplomasi mata tertutup di atas penderitaan Yahudi Eropah semasa Perang Dunia II, Presiden Clinton hanya mampu mengangkut bahu. Beliau berkata Presiden François Mitterrand dari Perancis secara berterus terang berkata bahawa Bosnia tidak tergolong, dan juga kata-kata para menyakitkan dari para pegawai Britain akan pemulihan realistik Kristian Eropah. Menentang Britain dan Perancis, beliau berkata chancellor Jerman, Helmut Kohl antara lain yang menyokong tindakan untuk menilai semula sekatan senjata PBB, malangnya Jerman bukan merupakan anggota dalam Majlis Keselamatan PBB.
—Taylor Branch, The Clinton Tapes: Wrestling History with the President[89]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Bosnia http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.gfbv.ba/index.php?id=126 http://www.idc.org.ba/aboutus/Overview_of_jobs_acc... http://www.prometej.ba/clanak/drustvo-i-znanost/sp... http://www.cbc.ca/news/world/story/2012/04/05/f-bo... http://www.cbc.ca/world/story/2010/04/14/croatia-b... http://pi.library.yorku.ca/ojs/index.php/refuge/ar... http://www.unhchr.ch/tbs/doc.nsf/(Symbol)/33337863... http://www.amazon.com/My-War-Gone-By-Miss/dp/01402...